PERHIMPUNAN DAN MAKAN MALAM PEGAWAI AWAM PDRM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA 2017

CHERAS, KUALA LUMPUR, 16 November 2017 – Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melupakan kebajikan Pegawai Awam yang sama penting seperti mana pegawai dan anggota PDRM di mana segala isu dan permasalahan yang dihadapi mereka diberi perhatian serta tindakan yang sewajarnya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya bersempena Majlis Penutupan Perhimpunan Pegawai Awam di Jabatan Polis Diraja Malaysia yang diwakili oleh ahli-ahli dari Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), Kesatuan Kakitangan Awam Polis Sarawak (SPOCSU) dan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Sabah (SPACSU) di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini, menjelaskan pegawai-pegawai awam ini adalah sebahagian daripada tulang belakang dalam menggerakkan PDRM ke mercu kecemerlangan.

“Selain daripada usaha mewujudkan pelbagai pelan serta tindakan bagi memperjuangkan isu-isu membabitkan pegawai awam dalam pasukan, PDRM juga akan terus menambah baik kemudahan asas dan logistik sebagaimana yang telah direncanakan sebelum ini,” ujar beliau lagi.

Perhimpunan seumpama ini merupakan platform terbaik bagi membincangkan isu-isu berkaitan pegawai awam PDRM serta membuka ruang kepada cetusan idea yang kreatif di samping meningkatkan produktiviti serta prestasi dalam perkhidmatan.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2017, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad, Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum, Presiden SPOCSU, Encik Sapawi bin Sinin, Presiden SPACSU, Puan Sapariah binti Sinin, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Majlis Makan Malam bertemakan “SELAUT KASIH SEGUNUNG HARAPAN” telah berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara dengan penuh meriah dan bermakna..ditambahkan lagi tema pakaian “Beraneka Ragam”..

0s5a8997 0s5a9021 0s5a9030 0s5a9031 0s5a9039 0s5a9052 0s5a9056 0s5a9058 0s5a9059 0s5a9060 0s5a9074 0s5a9104 0s5a9114 0s5a9119 0s5a9141 0s5a9147 0s5a9184 0s5a9189 0s5a9191 0s5a9200 0s5a9214 0s5a9220 0s5a9229 0s5a9245 0s5a9254 23550339_1724200570923576_4359087822110910054_o 23550355_1724199970923636_3470193356896720887_o 23551203_1724200127590287_4822191224028615602_o 23551226_1724201267590173_3214008099422697451_o 23591998_1724199980923635_5783992082212171252_o 23592154_1724200214256945_6234983195101334347_o 23592184_1724201247590175_4721683441361577560_o 23592194_1724200647590235_8905749882543210093_o 23632097_1724212674255699_1305530350064472018_o 23632169_1724200470923586_1485077985873517556_o 23632698_1724201377590162_6357272105700526599_o 23668767_1724200450923588_4344590217853270608_o 23668824_1724200157590284_8890218100123150055_o

,