MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 4/2017.

Bukit Aman [6/12/2017]  :  Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 4/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman yang dipengerusikan oleh YDH IGP Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Ketua Polis Negara. PACSU yang hadiri iaitu Sdra Mahamad bin Bahrum (Presiden), Sdra Anuar bin Mamat (Timbalan Presiden) dan Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung).  Turut hadir Presiden SPACSU iaitu Sdri Sapariah binti Sinin dan SPOCSU diwakili oleh Timbalan Presiden iaitu Sdri Anita.

Antara isu PACSU yang dibincangkan iaitu:-

  1. Cadangan Bengkel Semakan Semula Perjawatan Pegawai Awam di PDRM.
  2. Pengisian Perjawatan Pegawai Awam PDRM yang bersara, bertukar, meninggal dunia dan sebagainya.
  3. Isu Pembantu Setiausaha Pejabat
  4. Isu Gred Baru Pegawai Awam mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016.
  5. Pakaian Seragam Pembantu Operasi di PDRM.

WhatsApp Image 2017-12-06 at 11.12.20 WhatsApp Image 2017-12-06 at 11.12.41 WhatsApp Image 2017-12-06 at 12.48.16 WhatsApp Image 2017-12-06 at 12.49.53 WhatsApp Image 2017-12-06 at 14.18.04

 

,