UCAPAN TAKZIAH UNTUK KETUA POLIS NEGARA

FB_IMG_1513350938737Seluruh ahli PACSU melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan keluarga yang baharu sahaja kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.02 petang tadi.

Semoga roh Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.

“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Al-Fatihah.