SAMBUTAN HARI PEKERJA 2018

Kuala Lumpur, 1 Mei 2018: Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2018 telah berjaya dianjurkan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

PACSU telah mengambil kesempatan untuk turut bersama – sama hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Diantara yang telah menghadirkan diri adalah, Sdra. Anuar b Mamat (Timb. Presiden), Tn. Hj Mohd. Zaki Bin Mahmood (Naib Presiden), Y. M. Raja Hazlan Bin Raja Hussin (Bendahari Agung), Sdra. Mohd. Azli Bin Suhaimi (Timb. Setiausaha Agung) dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Pegawai Pelajaran).

Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2018 kali ini bertemakan “Membudayakan Kemahiran, Mengunguli Kepakaran”.

,