SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

ramadhan pacsu 12

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan Tahun 2018 buat semua ahli-ahli PACSU dan seluruh warga PDRM…

Sesungguhnya, Ramadan bukan hanya menekankan hubungan kita secara khusus dengan Tuhan. Ia juga adalah bulan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan sumbangan kita kepada sesama insan dan Jabatan.

Semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu agar kamu bertakwa”. Semoga kita, PACSU dan PDRM mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.