MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur 07 Ogos 2018: PACSU Cawangan Kuala Lumpur telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Kuala Lumpur Kali ke-45 (Sesi 2018/2021) di IPK Kuala Lumpur pada hari ini. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PACSU telah dirasmikan oleh YDH CP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur di Dewan Meranti, Tingkat 10, Menara B, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis ini ialah YDH DCP Dato’ Zainuddin Bin Yaacob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Polis Daerah.

Pegawai kanan PACSU yang hadir iaitu Sdra. Wahid b Hussin (Timbalan Presiden), Tn. Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden), Sdra. Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung) dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU). Mesyuarat telah berjalan dengan bergitu lancar dengan kehadiran seramai 122 orang ahli dan telah dipengerusikan oleh Sdra. Najib bin Ishak.

 

,