KENALI PENGERUSI PACSU CAWANGAN PERAK

Pengerusi PACSU Perak

Puan Rohaniah bt Razali dilahirkan pada 21.7.1962 di Lambor Kanan, Parit Perak. Beliau merupakan anak kedua dari 8 orang adik beradik. Mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan 6 di SMDB Taiping Perak dan melanjutkan pendidikan beliau dengan mendapat Diploma PJJ di UiTM Manjung. Kini, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama insan yang tersayang iaitu Encik Azizul bin Mohd Othman dan telah dikurniakan 5 cahayamata.

Mula memasuki di Jabatan Polis DiRaja Malaysia pada bulan Mei 1982 di Bahagian Kewangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Pada tahun 2006, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Kerani (CC) W22 di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di bahagian kewangan,

Di awal pembabitan beliau di PDRM, bermulalah beliau bersama-sama rakan seperjuangan aktif di dalam PACSU Perak dan bersama memperjuangkan agenda dan juga Objektif PACSU Perak sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau telah menjadi AJK PACSU Perak pada tahun 1998 dan kemudian menjadi Bendahari PACSU Perak dan sehingga kini beliau telah menjadi PENGERUSI PACSU Perak untuk tahun 2018 – 2021.

Harapan Perak semoga semua Ahli PACSU Cawangan Perak dapat bersama-sama Puan Pengerusi untuk memajukan dan melakukan pencapaian yang terbaik untuk pada masa yang akan datang, Bukan mudah untuk mencapai sesuatu perkara tanpa datangnya sokongan padu dari ahli-ahli semua.

,