Majlis Perjumpaan Ketua Polis Melaka Bersama Pegawai-Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka

Melaka, 7 November 2018 – “Jangan sesekali mewujudkan jurang pangkat antara pegawai, anggota dan pegawai awam semasa menjalankan tugas namun perlu menanamkan rasa hormat antara satu sama lain” itu antara intipati dalam ucapan yang disampaikan oleh YDH DCP Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, Ketua Polis Melaka semasa Majlis Perjumpaan YDH Ketua Polis Melaka Bersama Pegawai Awam Kontinjen Melaka di Auditorium IPK Melaka, hari ini. Majlis yang dihadiri oleh seramai 217 pegawai awam Kontinjen Melaka itu antara lainnya bertujuan mengeratkan hubungan sesama mereka selain menyelesaikan sebarang kekusutan yang timbul dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Perkara lain yang dibangkitkan oleh Ketua Polis Melaka dalam ucapannya adalah supaya semua penjawat awam menjaga kebersihan di tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kondusif kerana ruang pejabat yang teratur akan menimbulkan perasaan seronok untuk berkerja, peranan pegawai awam dalam organisasi PDRM dan pegawai awam perlu bijak dalam mengurus dan membahagikan waktu untuk kerjaya dan keluarga.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Melaka, YDH SAC Dato’ Sun Teoh Tia, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Melaka.

 R7196872-08162-20180711132-132839359 R7196872-08162-20180711132-134018691 R7196872-08162-20180711132-133818459 R7196872-08162-20180711132-134043153PERJUMPAAN KP BERSAMA PEGAWAI AWAM IPK MELAKA 2PERJUMPAAN KP BERSAMA PEGAWAI AWAM IPK MELAKA 3PERJUMPAAN KP BERSAMA PEGAWAI AWAM IPK MELAKA 4PERJUMPAAN KP BERSAMA PEGAWAI AWAM IPK MELAKA

,