KUNJUNG HORMAT KETUA UNIT PEGAWAI AWAM KE IBU PEJABAT PACSU MALAYSIA

Ketua Unit Pegawai Awam12Hb Mac 2019 Bangsar : Sejarah tercipta, buat pertama kalinya Ibu Pejabat PACSU Malaysia di Bangsar telah menerima Kunjung Hormat Ketua Unit Pegawai Awam, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman DSP Abdul Razak Bin Abu Bakar. Turut hadir bersama-sama beliau adalah PPT N36 Tn Hj Othman Bin Hj Kamat dan PPT N32 Pn Norasyikin Binti Md Deris.

Deligasi Kunjung Hormat telah disambut oleh Presiden PACSU Malaysia, Sdra. Anuar Bin Mamat, Tn. Hj. Mohd Zaki Bin Mahmood Timbalan Presiden PACSU, Y.M. Raja Hazlan Bin Raja Hussin Bendahari Agung PACSU, Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi Timbalan Setiausaha Agung PACSU dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil Pegawai Pelajaran PACSU.

Antara isu-isu yang telah di bincangkan adalah :

1. Isu pertukaran dalaman Pegawai Awam PDRM;.

2. Isu pertukaran keluar jabatan Pegawai Awam;

3. Isu kebajikan Pegawai Awam berstatus KUP;

4. Isu proses kenaikan pangkat Pegawai Awam;

5. Isu pertukaran keluar jabatan Pegawai Awam; dan

6. Isu Waktu Bekerja Secara Fleksi.

Kunjung Hormat telah berakhir pada jam 1.30 petang.

IMG_20190313_125848

cof

,