MAJLIS DIALOG SANTAI PEGAWAI AWAM IPD TAIPING

IMG-20190313-WA0059Majlis Dialog santai bersama Pegawai Awam IPD Taiping
Tarikh : 12/3/2019 (Selasa)
Masa : 3.00 ptg
Tempat: Dewan LDP, IPD Taiping
Kehadiran : 69 orang

PACSU Cawangan Perak dengan kerjasama Pegawai Awam IPD Taiping telah mengadakan sesi dialog santai.

Bertindak atas arahan YDH Dato Ketua Polis Perak yang ingin melihat pegawai awam di Kontinjen Perak kenal mesra antara satu sama lain, Pengerusi dan Jawatankuasa PACSU Caw. Perak telah merancang untuk mengadakan lawatan ke daerah2 dalam kontinjen Perak.

Daerah Taiping telah dipilih sebagai destinasi pertama lawatan. Alhamdulillah YDH DSP Sabri b. Bahazin. Ketua Bahagian Pengurusan Daerah telah menerima kedatangan kami dengan tangan yang terbuka serta mendapat sambutan yang baik dari Pegawai Awam IPD Taiping.

Puan Rohaniah, Pengerusi PACSU Caw. Perak telah menerangkan motif perjumpaan dan telah memberi penerangan berhubung kelebihan / keistimewaan menjadi seorang ahli PACSU.

Dalam majlis yang sama juga, pelantikan AJK diperingkat IPD telah dibuat. Diharapkan dengan pelantikan yang telah dibuat akan dapat melancarkan segala perancangan yang telah diatur. Majlis ditangguhkan pada jam 1630 hrs.

IMG-20190313-WA0064 IMG-20190313-WA0063 IMG-20190313-WA0062 IMG-20190313-WA0061 IMG-20190313-WA0060 IMG-20190313-WA0065

,