MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN NEGERI KEDAH 2019.

ALOR SETAR, KEDAH (27/06/2019 – Khamis) : Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Kedah telah diadakan pada 27/6/2019 bertempat di Dewan Tan Sri Khalid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Kedah CP Dato’ Zainuddin Bin Yaacob. Manakala Pegawai Kanan PACSU Malaysia yang hadir adalah Ybhg. Sdra. Musa Bin Hj Atan, Naib Presiden PACSU Malaysia dan Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia. Turut hadir Ketua-ketua Jabatan , Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah. Sempena di bulan Syawal ini PACSU Cawangan Kedah mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama- sama Ahli PACSU yang hadir iaitu seramai 245 orang.

,