AJK PACSU BUKIT AMAN HIBURKAN RATUSAN TETAMU.

KUALA LUMPUR (26 Jun 2019) – Ratusan tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) termasuklah Ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman, Kuala Lumpur serta Melaka telah dihiburkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PACSU Cawangan Bukit Aman di Majlis Jalinan Kasih Silaturrahim Aidilfitri CUEPACS bagi tahun 1440H/2019M. Majlis tersebut berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras bertemakan warna Emerald Green.

Persembahan yang diketuai oleh Saudara Ahmad Fazlee bin A’ala itu menyampaikan lagu dendangan Rahimah Rahim, Selamat Berhari Raya dengan diiringi tarian oleh 4 AJK PACSU Cawangan Bukit Aman.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden CUEPACS Malaysia, Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Setiausaha Agung PACSU Malaysia serta Mantan Presiden PACSU Malaysia, Saudara Mahamad bin Baharom.

,