MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN JOHOR KALI KE 63 TAHUN 2019.

Johor Bahru, 26 Jun 2019 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Kontinjen Johor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi kali ke 63 tahun 2019 bertempat di Auditorium Tingkat 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Hasniyanti Mohamed. Turut hadir En Musa bin Haji Atan, Naib presiden PACSU Pusat, Puan Khuzaimah Johari Setiausaha PACSU, EN Muhammmad Saiful Karim, Bendahari PACSU, dan ahli-ahli PACSU Kontinjen Johor #PrihatinPDRMJohor #AGMPACSU.

,