MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN KONTINJEN BUKIT AMAN BIL.1/2019

BUKIT AMAN (27 Jun 2019) – Satu Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat Kontinjen Bukit Aman telah diadakan di Bilik Mesyuarat PERSADA, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Ini adalah Mesyuarat MBJ yang pertama diadakan bagi tahun 2019. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH Dato’ Abdul Rahim bin Jaafar.

Objektif mesyuarat ini adalah antara lain untuk memberi ruang kepada pihak Wakil Pekerja iaitu Wakil Persatuan-persatuan di dalam PDRM menyalurkan usul/isu kepada pihak Wakil Majikan (PDRM) agar dapat memberi manfaat kepada kepada kedua-dua belah pihak.

PACSU Bukit Aman yang mewakili suara Pegawai Awam PDRM terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, dan Biro Penerbitan telah hadir sama ke mesyuarat yang berlangsung hampir 3 jam itu.

Dengan adanya mesyuarat seperti ini di peringkat Kontinjen, diharap dapat merapatkan lagi jurang perhubungan di antara Pihak Majikan dengan Pihak Pekerja terutamanya Pegawai Awam, serta mewujudkan komunikasi yang lebih efektif dan berkesan di antara kedua-dua pihak.

,