MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PDRM (KKS PDRM) SESI 2019-2021.

Kuala Lumpur (02 Julai 2019) : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan. Hadir sama, barisan Ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan PDRM, ahli jawatankuasa KKS dan Pegawai Kanan PDRM.

Turut hadir Pegawai Kanan PACSU Sdra Anuar bin Mamat, Presiden PACSU, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU dan Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, manakala barisan EXCO PACSU dihadiri oleh Sdra Saufian bin Ngah, Pengerusi Cawangan Terengganu, Sdra Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pengerusi PACSU Melaka, Sdri Nur Siti Aishah binti Azmi, Pengerusi PACSU Perlis, Sdri Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Negeri Sembilan dan Sdri Arbaayah binti Ahmad Tajuddin, Pengerusi PACSU Kedah. Hadir sama Sdri Sapariah binti Sinin, Presiden SPACSU dan Sdra Sapawi bin Haji Hamdan, Presiden SPOCSU.

,