AHLI PACSU PAHANG MEWAKILI KEJOHANAN PING PONG PIALA KETUA POLIS NEGARA 2019

Malikhatin Jamillah bt Abdullah, Ahli PACSU Cawangan Pahang dan salah seorang Pegawai Awam Kontinjen Pahang yang telah terpilih mewakili Kejohanan Ping Pong Piala KPN Tahun 2019. Kejohanan ini telah bermula pada 30 Julai yang lalu di Pusat Sukan UUM, Sintok.

PACSU Cawangan Pahang mengucapkan tahniah atas kejayaan Sdri. Malikha yang telah memenangi ‘open single’ tempat ketiga dan Johan berpasukan acara sukan tersebut. Dengan pencapaian ini telah menaikkan nama dan imej Polis Pahang.

Pada 6/8/2019 di Perkarangan IPK Pahang, YDH Ketua Polis Pahang turut menyampaikan surat penghargaan kepada Sdri. Malikha dan team ping pong atas pencapaian tersebut.

Tahniah kami ucapkan!

 

WhatsApp Image 2019-08-05 at 09.12.34 WhatsApp Image 2019-08-05 at 09.12.55 WhatsApp Image 2019-08-05 at 09.13.15 WhatsApp Image 2019-08-05 at 09.47.40 FB_IMG_1565326563779

,