MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN KALI KE-68 TAHUN 2019

BUKIT AMAN, 23 JULAI 2019 – PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-68 bagi tahun 2019 bertempat di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH CP Dato’ Abd Rahim bin Jaafar. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Timbalan Presiden PACSU, Tuan Hj Mohd Zaki bin Mahmood; Bendahari Agung PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin; dan Pegawai Pelajaran PACSU, Saudara Rohaizad bin Khalil. Seramai kira-kira 200 ahli PACSU Cawangan Bukit Aman hadir ke mesyuarat kali ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, Saudari Isnaini binti Mustafa. Mesyuarat kali ke-68 ini turut diserikan dengan tayangan video sorotan aktiviti-aktiviti PACSU Bukit Aman sepanjang tahun 2018/2019, penyampaian cenderahati, dan acara cabutan bertuah bagi menghargai kehadiran ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman yang hadir pada petang tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

,