MENGIBAR JALUR GEMILANG.

Bangsar, PACSU (29/08/2019) : Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Menjelang hari kemerdekaan yang ke-62, Setiausaha Agung PACSU, Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor telah memasang Bendera Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2019.

Tema Hari Kebangsaan “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih”.

Jalur Gemilang bukan sahaja sekadar bendera negara tetapi ia lebih daripada itu. Ia sepatutnya diangkat ke tahap lebih tinggi yang melambangkan keperibadian dan jati diri bangsa Malaysia selaras dengan maksud setiap warna dan lambang yang ada padanya.

MERDEKA.

MERDEKA.

MERDEKA.

JALUR GEMILANG sayangi-malaysiaku-malaysia-bersih-1

 

,