TAHNIAH PRESIDEN PACSU

PRESIDEN Terima Pingat PPC 1

PUTRAJAYA 03/09/2019: Hari ini dalam sejarah, Sdra. Anuar Bin Mamat Presiden PACSU Malaysia telah dianugerahkan dengan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bagi tahun 2018. Beliau merupakan Pegawai Awam PDRM yang pertama yang telah dianugerahkan dengan Pingat Perkhidmatan Cemerlang setelah anugerah ini diperkenalkan di dalam Jabatan PDRM pada tahun 2017.

PACSU juga berasa bangga, kerana cadangan pemberian pingat PPC merupakan cetusan idea dari PACSU yang telah mengusulkan pemberian pingat PPC semasa Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ).

Penyampaian Pingat PPC telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.