MESYUARAT JAWATANKUASA AGUNG PACSU BIL. 3 SESI (2018-2021)

05/09/2019 Kota Bharu: Mesyuarat Jawatankuasa Agung PACSU Bil. 3 Sesi (2018-2021) telah berjaya diadakan di Ridel Hotel, Kota Bharu, Kelantan mulai 04.09.2019 hingga 05.09.2019. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia) dan turut dihadiri Pegawai Kanan Kestuan dan Barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung PACSU Malaysia.

Banyak isu-isu yang telah dibincangkan semasa mesyuarat ini berjalan, diantaranya adalah :

  1. Pemberian Dermasiswa PACSU 2019;
  2. Pembekalan Pakaian Seragam Pekerja Awam;
  3. Perancangan Bengkel Perjawatan Pegawai Awam PDRM;
  4. Isu Kenaikan Pangkat Pegawai Awam PDRM yang di tempatkan keluar di PDRM; dan lain-lain isu.

PACSU Pusat mengucapkan ribuan terima kasih kepada PACSU Cawangan Kelantan diatas kejayaan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Agung kali ini.

#TerimaKasihPACSUKelantan…

 

 

,