PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN CUEPACS NEGERI PAHANG SESI 2019-2022

PAHANG (08.09.2019) –  Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Negeri Pahang sesi 2019-2022 telah diadakan jam 8.00 pagi di Hotel Grand Continental, Kuantan. Kehadiran seramai 119 orang perwakilan dan 5 orang pemerhati dari Kesatuan-Kesatuan Gabungan CUEPACS Negeri Pahang.

Persidangan perwakilan telah dirasmikan oleh En. Husainuddin bin Yaakub, Pegawai Tugas Khas yang mewakili YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Menteri Luar Negeri yang ketika ini berada di Luar Negara atas tugasan rasmi Kerajaan Malaysia.

Turut hadir majlis perasmian ini ialah YBhg. Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS dan En. Hj. Adnan bin Mat, Setiausaha Agung CUEPACS.

 

WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.02 WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 (1) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 (2) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 (3) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 (4) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 (5) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.34.03 WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.43.20 (1) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.43.20 (2) WhatsApp Image 2019-09-10 at 08.43.20 (3)

 

,