JEMPUTAN TAKLIMAT CADANGAN PINDAAN AKTA-AKTA PERBURUHAN MALAYSIA

PAHANG, 5/9/2019 (Khamis) – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pahang dengan Kerjasama Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang telah mengadakan satu taklimat pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 & Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kepada stakeholder pada 5/9/2019 di Dewan Utama, Wisma Perkeso, Kuantan.

Jemputan taklimat ini telah dihadiri oleh Setiausaha PACSU Cawangan Pahang bersama AJK Cawangan.

Untuk makluman, pihak kerajaan telah bercadang untuk membuat pindaan terhadap akta-akta perburuhan di Malaysia. Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di antara akta-akta yang terlibat dengan cadangan pindaan tersebut.

Antara penceramah yang hadir untuk menyampaikan taklimat tersebut ialah Encik Mooi Poh Kong (Pengarah Kanan Bahagian Perundangan / Penguatkuasaan JHEKS), Encik Mohd Nor bin Yaakob (Pengarah Jabatan Perubungan Perusahaan Negeri Pahang) dan Dr Aida bt Bakar (Bahagian Perundangan / Penguatkuasaan JTKSM).

Cadangan pindaan tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

 

WhatsApp Image 2019-09-05 at 15.03.41 WhatsApp Image 2019-09-05 at 15.04.11 (1) WhatsApp Image 2019-09-05 at 15.04.11 (2) WhatsApp Image 2019-09-05 at 15.04.11

,