KEJOHANAN FUTSAL PIALA PUSINGAN PENGERUSI PACSU KEDAH EDISI 2019.

ALOR SETAR, 3 Oktober 2019 –  Kejohanan Futsal Piala Pusingan Pengerusi PACSU Kedah edisi 2019 yang berlangsung selama sehari dengan jayanya telah berakhir. Kejohanan tersebut telah melibatkan penyertaan 10 pasukan iaitu IPK Kedah, IPD Kota Setar, IPD Kubang Pasu, IPD Kuala Muda, IPD Padang Terap, IPD Pendang, IPD Sik, IPD Yan, IPD Langkawi, IPD Bandar Baharu, IPD Baling dan PGA Bn 2 Kulim.

Pasukan IPK Kedah berjaya merangkul kejuaraan selepas menumpaskan pasukan IPD Kubang Pasu/IPD Padang Terap yang mendapat tempat ke-2 dalam aksi sengit di perlawanan akhir dengan keputusan 3-1. Dan tempat ke-3 pula jatuh kepada IPD Kota Setar yang menewaskan IPD Langkawi. Team IPK Kedah telah mendapat Pemain terbaik dalam Kejohanan kejohanan tersebut.

Turut hadir di dalam majlis yang bermula jam 3.30 petang itu adalah PT Pentadbiran Supt. Muhamad Aidil Roneh bin Abdullah untuk upacara Penutup, seterusnya Pn. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin Pengerusi PASCU Kedah, Wakil Ketua Jabatan dan ahli-ahli PACSU. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

   

,