LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PAHANG

Kuantan, 25.10.2019 (Jumaat) – Al-Fatihah. Salam Takziah kepada Ahli PACSU, Pn. Noor Aznie bt Abu Kassim dan keluarga Allahyarham Adik Ahmad Danial. Jenazah Allahyarham Ahmad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beserah, Kuantan pada jam 10.00 pagi.

Adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi, tujuh tahun, pengidap kanser otak tahap empat menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam empat pagi di Wad Kecemasan UIA, Kuantan.

Kisah pilu Allahyarham tular di media sosial selepas disarungkan uniform bomba dan turut dibawa menaiki jentera bomba di sekitar Beserah bagi menunaikan permintaan dan hajatnya yang bercita-cita menjadi anggota penyelamat.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi dan Setiausaha PACSU Cawangan Pahang menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PACSU Cawangan Pahang.

WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.05 WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 (1) WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 (2) WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 (3) WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 (4) WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 (5) WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.06 WhatsApp Image 2019-10-25 at 10.39.59

,