LAWATAN KEBAJIKAN AHLI-AHLI PACSU CAWANGAN KEDAH YANG MASUK HOSPITAL.

ALOR SETAR, 20 Oktober 2019 – Sepanjang tempoh 5 bulan dari Jun sehingga Oktober Jawatankuasa PACSU Kedah Diketuai oleh Pengerusi PACSU Kedah dan Biro Kebajikan telah membuat lawatan Kebajikan kepada Ahli-ahli PACSU Kedah masuk hospital dan yang mempunyai masalah kesihatan.

Biro Kebajikan PACSU Kedah telah mengunjung beberapa buah hospital antaranya Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital  Kulim, Hospital Sungai Petani dan di Daerah Langkawi.

Sedikit sumbangan dan cenderahati juga telah diserahkan kepada ahli-ahli yang terlibat bagi menringankan beban. Semoga ahli-ahli PACSU Kedah tersebut kembali sihat dan dapat menjalankan tugas seperti sedia kala.

,