MAJLIS MERAIHKAN PERTUKARAN JABATAN AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN KEDAH.

ALOR SETAR, 15 September 2019 – Majlis Meraikan Pertukaran Keluar Jabatan bagi Ahli Jawatan Kuasa PACSU Kedah yang telah berlangsung di Thai Palace Madine, Jalan Stadium Alor Setar, Kedah jam 9.00 malam.

Seramai 3 orang Jawatankuasa PACSU Kedah yang bertukar keluar Jabatan telah hadir untuk diraikan dalam majlis tersebut iaitu Encik Muhammad Sukri bin Mat Hassan (Mantan Pengerusi PACSU Kedah), Ustaz Asuwad bin Abdullah  (Mantan S/U PACSU Kedah) dan Encik Haziful bin Osman (Mantan AJK PACSU Kedah)

Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah Pengerusi PACSU Kedah, Puan. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin dan 9 orang Jawatankuasa PACSU Kedah. Majlis diakhiri dengan sedikit sumbangan cenderahati kepada ketiga-tiga jemputan tersebut.

,