PERJUMPAAN PACSU CAWANGAN PAHANG BERSAMA PENGARAH JHEKS PAHANG

PACSU PAHANG – Satu Lawatan dan Perjumpaan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang Dengan Encik Mohd Rizal bin Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Pahang yang telah diadakan pada 1/11/2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi di Pejabat JHEKS, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk menghantar Borang L, minit mesyuarat agung PACSU dan memperkenalkan Bendahari PACSU Cawangan Pahang yang baru dilantik serta sesi dialog.

Perjumpaan dengan JHEKS Pahang berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada Puan Misnawati binti Lehan, Pegawai Kesatuan Sekerja Pahang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Tahniah juga diucapkan kerana dinaikkan pangkat dan akan ditukarkan di Jabatan Tenaga Kerja Selangor.

 

WhatsApp Image 2019-11-01 at 10.47.12 WhatsApp Image 2019-11-01 at 10.47.21 WhatsApp Image 2019-11-01 at 10.47.38 WhatsApp Image 2019-11-01 at 10.51.23 WhatsApp Image 2019-11-01 at 10.51.25 WhatsApp Image 2019-11-01 at 11.13.05 WhatsApp Image 2019-11-01 at 16.08.40

,