PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA RUMAH ANAK YATIM PERMATA AL-INSYIRAH, KUANTAN

PACSU PAHANG – Jawatankuasa PACSU dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bersama Rumah Anak Yatim Permata Al-Insyirah pada 7/11/2019 (Khamis) bertempat di Rumah Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah Sungai Isap, Kuantan. Kehadiran AJK dan ahli PACSU seramai 11 orang.

Tujuan program ini diadakan adalah menjalankan kerja khidmat masyarakat dan sebagai aktiviti PACSU IPD Kuantan. Program ini turut menjalankan kerja-kerja gotong-royong sambil beramal dan menderma sambil menjalankan aktiviti bersama-sama anak yatim. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah memasak makanan untuk anak-anak yatim, sessi Tazkirah oleh Ustazah Wan Habsah @ Norma binti Hj Sulaiman (AJK PACSU), gotong- royong mengecat tembok, penyampaian sumbangan dan sukaneka bersama anak yatim.

Program ini turut dihadiri oleh Pn. Siti Asiah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang dan Ustaz Hamdan, Pengasas Rumah Ank Yatim & Fakir Miskin Permata Al-Insyirah.

 

WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.02 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.03 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.04 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.06 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.08 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.09 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.10 (1) WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.10 WhatsApp Image 2019-11-07 at 14.10.11 WhatsApp Image 2019-11-07 at 15.19.17 WhatsApp Image 2019-11-07 at 15.20.44 WhatsApp Image 2019-11-07 at 16.27.51 WhatsApp Image 2019-11-07 at 16.29.52

,