MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA WAKIL KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS) DAN WAKIL PEKERJA MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK).

PUTRAJAYA (21/11/2019) : Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Wakil Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya. YBhg. Datuk Mohd Khairul Adip bin Abdul Rahman, KPPA mengajak pihak CUEPACS bersama-sama mengingatkan penjawat awam agar dapat menjaga imej perkhidmatan awam yang lebih cemerlang khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan integriti. Perubahan ini penting bagi mendapatkan keyakinan yang tinggi dari stakeholders.

Wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Wakil Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di hadiri oleh Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS dan barisan Pegawai Tertinggi CUEPACS serta ahli-ahli CUEPACS dan Wakil MBK yang lain.

Turut hadir KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU merangkap Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan (Kumpulan Am/Pelaksana) dan Penolong Setiausaha Gred NBS CUEPACS.

,