MESYUARAT ISU PERJAWATAN PEGAWAI AWAM PDRM

26/11/2019 Kuala Lumpur : Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan telah mengadakan Mesyuarat Isu Perjawatan Pegawai Awam PDRM yang diadakan di Unit Pegawai Awam, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Tingkat 19, Bukit Aman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh DSP Abdul Razak bin Abu Bakar, Ketua Unit Pegawai Awam.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU), Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU), YM. Raja Hazlan bin Raja Husin (Bendahari Agung PACSU) dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU) serta turut dihadiri pegawai-pegawai kanan wakil dari Bahagian Perjawatan, Jabatan Pengurusan.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalan mengenai :

  1. PACSU menentang penjumudan waran perjawatan Pegawai Awam kepada jawatan Anggota;
  2. Taburan semula perjawatan Pegawai Awam ke Unit/Bahagian Rekod IPK/IPD; dan
  3. Taburan semula perjawatan Pegawai Awam ke Gred Kenaikan Pangkat seperti jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N28
,