FUN RUN PACSU MELAKA/JOHOR 2019.

MELAKA : 28.11.2019 (Khamis) bertempat di Stadium Tun Fatimah Melaka & Hotel EcoTree Melaka telah berlangsungnya program hasil cetusan idea bersama PACSU Johor dan PACSU Melaka iaitu Fun Run PACSU 2019 yang julung kalinya diadakan diperingkat PACSU Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh En Anuar Bin Mamat Presiden PACSU Malaysia dan diserikan lagi dengan kehadiran oleh En Mohd Fadli Bin Mohd Noor Setiausaha Agung PACSU Malaysia dan En Rohaizad Bin Khalil Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia.

Seramai 100 ahli yang menyertai penyertaan Fun Run PACSU 2019 ini dengan gabungan ahli PACSU Johor dan PACSU Melaka. Majlis penutupan dan penyampaian medal telah berlangsung di Hotel Eco Tree Melaka Raya, Melaka.

,