MAJLIS MERAIKAN PESARA PEGAWAI AWAM PDRM KONTINJEN PAHANG

Kuantan, 09/01/2020 (Khamis) – Majlis Meraikan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang bagi tahun 2019 telah berlangsung dalam suasana yang mesra di Mes Pegawai Kanan, Briged Tenggara PGA Kuantan. Acara tradisi ini meraikan warga PDRM yang terdiri pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam.

Majlis seumpama ini merupakan satu acara untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka sepanjang berkhidmat di dalam PDRM khususnya di Kontinjen Pahang.

Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran CP Dato’ Abd Jalil bin Hassan, Ketua Polis Pahang selaku tetamu kehormat mewakili pucuk pimpinan PDRM Kontinjen Pahang.

Turut hadir sebagai jemputan, Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia Pahang (RESPA), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri PAHANG, dan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Pahang.

Pesara Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang yang merupakan Ahli PACSU Pahang yang dapat menghadirkan diri ke majlis ini seperti dibawah :

1. En. Muhammad bin Ismail – JLT
2. Puan Hasnah bt Idris – JLT
3. Puan Zairi bin Abu Bakar – Caw. Khas
4. Puan Faridah bt Sudri @ Mohd Sukri – JLT
5. Puan Mariam bt Mat Ali – IPD Bentong
6. Encik Yahya bin Mansor – Jabatan Pengurusan

Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang.

WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.01 (2) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.01 (3) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.01 WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.02 (1) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.02 (2) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.02 (5) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.02 (6) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.02 WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (2) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (4) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (5) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (6) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (7) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 (10) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.07.03 WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.08.21 WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.08.22 (1) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.08.22 (2) WhatsApp Image 2020-01-12 at 20.08.22

,