PERTANDINGAN BOLING PEGAWAI AWAM IPD PEKAN ANJURAN JAWATANKUASA PACSU DAERAH PEKAN

Pekan, 4/1/2020 (Sabtu) – Jawatankuasa PACSU Daerah Pekan telah mengadakan Pertandingan Bowling Pegawai Awam IPD Pekan Tahun 2020 jam 2.00 petang di Premium Lanes, Kuantan Plaza, Kuantan. Kehadiran/Penyertaan seramai 38 orang pemain terdiri di kalangan Pegawai Awam IPD Pekan dan keluarga.

Pertandingan tersebut telah berakhir pada jam 4.30 petang. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Supt. Mohd Razali bin Mohd Yusof, Ketua Polis Daerah Pekan.

PACSU Cawangan Pahang mengucapkan tahniah atas komitmen dalam penganjuran program ini yang telah diatur oleh Jawatankuasa di Peringkat PACSU Daerah.

WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.52 WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.53 WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.54 WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.55 WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.56 WhatsApp Image 2020-01-04 at 22.12.59

,