AHLI PACSU NEGERI SEMBILAN BERTUGAS IPD PORT DICKSON TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Port Dickson, 27/12/2019 – Seorang ahli PACSU N. Sembilan iaitu Puan Rohana Binti Harun yang bertugas sebagai IMG di Cawangan Pentadbiran IPD Port Dickson telah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama – sama dengan dua anak beliau.

     Dalam kemalangan itu, beliau bengkak dan luka dibahagian muka dan kaki, manakala dua anak masing – masing patah kaki sebelah kanan serta luka dibahagian tangan dan siku. Beliau akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan selanjutnya.

     Cawangan Kebajikan IPD Port Dickson telah hadir untuk menziarahi beliau dan keluarga. Pengerusi bersama barisan AJK PACSU N. Sembilan mengucapkan salam takziah dan berharap beliau akan cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seperti sediakala.

,