PACSU NEGERI SEMBILAN NAIB JOHAN KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2020

Alor Setar, 16/02/2020 – Kejohanan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia bagi tahun 2020 telah diadakan dengan meriahnya pada 16/02/2020 bertempat di Aman Central Alor Setar Kedah bermula jam 10.00 pagi. Pasukan PACSU Negeri Sembilan telah menghantar sebanyak dua pasukan terdiri daripada 8 pemain dan 7 AJK yang turut serta untuk memberi sokongan kepada pemain – pemain yang mewakili Negeri Sembilan.

           Kejohanan ini dirasmikan oleh Presiden PACSU Malaysia iaitu Sdra Anuar Bin Mamat serta barisan EXCO kanan PACSU yang turut hadir bertanding dalam kategori VIP. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 2 pemain lelaki dan 2 pemain wanita. Kategori yang dipertandingkan termasuklah jatuhan pin individu tertinggi serta jatuhan pin berkumpulan tertinggi.

          PACSU Negeri Sembilan telah dinobatkan Naib Juara berkumpulan dengan membawa Piala Pusingan sementara PACSU Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai juara Piala Presiden PACSU Malaysia bagi tahun 2020, manakala PACSU Pahang telah mendapat tempat ketiga.

         Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan ini telah diadakan di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH DCP Datuk Muhammad Azlee Bin Abdullah. Diharapkan kejohanan ini akan menjadi acara tahunan bagi mengcungkil bakat – bakat baru dalam permainan boling. Terima kasih kepada PACSU Kedah sebagai penganjur kerana telah berjaya merealisasikan kejohanan pada kali ini dengan cemerlang dan gemilang.

IMG_0385 IMG_0386 IMG_0387 IMG_0437 IMG_0438 IMG_0443 IMG_0444 IMG_0446 IMG_0448 IMG_0449 IMG_0455 IMG_0456 IMG_0457 IMG_0459 IMG_0461 IMG_0462 IMG_0467 IMG_0471 IMG_0487 IMG_0488 IMG_0492 IMG_0494 IMG_0496 IMG_0497 IMG_0499 IMG_0508 IMG_0509 IMG_0523 IMG_0526 IMG_0529 IMG_0530 IMG_0536 IMG_0537 IMG_0543 IMG_0554 IMG_0561 IMG_0565 IMG_0579 IMG_0581 IMG_0582 IMG_0586 IMG_0588 IMG_0591 IMG_0600 IMG_0604 IMG_0605 IMG_0621 IMG_0625

 

 

,