MAJLIS PERJUMPAAN DAN SIDANG MEDIA PEKERJA KONTRAK PDRM BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

25/02/2020 Kuala Lumpur : Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) telah membawa isu pemberhentian Pekerja Kontrak PDRM ke pengetahuan CUEPACS bagi membantu seramai 114 orang pekerja kontrak PDRM yang akan diberhentikan setelah tempoh kontrak mereka tidak lagi disambung oleh pihak JPA. Pemberhentian pekerja-pekerja kontrak PDRM tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada hujung bulan Februari tahun 2020 hingga ke bulan Oktober tahun 2020.

Satu sidang media telah diadakan oleh Presiden CUEPACS bagi mengemukakan permohonan agar kontrak mereka disambung semula. Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh sembilan (9) pegawai tertinggi CUEPACS, Presiden PACSU, Timbalan Presiden PACSU, Setiausaha Agung PACSU, Timbalan Setiausaha Agung PACSU dan Pegawai Pelajaran PACSU. seramai 13 orang Pekerja Kontrak PDRM juga turut hadir semasa sidang media tersebut.

#BuburDurian

Sidang Media Cuepacs 1 Sidang Media Cuepacs 2 Sidang Media Cuepacs 3 Sidang Media Cuepacs 4 Sidang Media Cuepacs 5 Sidang Media Cuepacs 6 Sidang Media Cuepacs 7 Sidang Media Cuepacs 8 Sidang Media Cuepacs

,