PENYERAHAN SUMBANGAN DAN ZIARAH KEMATIAN DARI PACSU NEGERI SEMBILAN

Senawang, 27/02/2020 – Ziarah kematian oleh PACSU NS kepada keluarga AJK PACSU iaitu Puan Hasnida Binti Manaf yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPK N. Sembilan yang kematian suaminya pada 25/02/2020 di rumahnya di Senawang Negeri Sembilan. Pengerusi bersama barisan AJK mengucapkan salam takziah kepada Puan Hasnida dan keluarga di atas pemergian suami nya.

Penyerahan sumbangan telah diserahkan kepada anak beliau oleh Pengerusi PACSU NS iaitu Puan Marinee Binti Mohamed bersama – sama dengan barisan AJK PACSU yang turut serta dan berharap semoga Puan Hasnida bertabah menerima dugaan ini. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman dan soleh serta dicucuri rahmat.

IMG-20200227-WA0022 IMG-20200227-WA0023 IMG-20200227-WA0024 IMG-20200227-WA0025

,