LAWATAN KEBAJIKAN PACSU NEGERI SEMBILAN

Seremban, 23/07/2020 – PACSU Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kebajikan ahli PACSU iaitu PF 16552 Puan Veena Devi A/P Sri Satiapal yang bertugas di Cawangan Bekalan / Aset Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Seremban Negeri Sembilan yang telah bersara pada 05/07/2020.

    Lawatan ini diwakili oleh Setiausaha PACSU dan ahli PACSU IPD Seremban bagi menyerahkan cenderamata kenang – kenangan sebagai satu penghargaan kepada jasa beliau semasa berkhidmat di bawah PDRM.

    Semoga Puan Veena Devi sihat hendaknya dan kami dari PACSU mendoakan semoga beliau sentiasa terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas persaraan ini.62eb3dcb-0d52-42b2-b75d-b2b3ac9c542c