BERITA KEMALANGAN AHLI PACSU NEGERI SEMBILAN

Seremban, 22/07/2020 – Satu kejadian kemalangan jalan raya (KJR) telah berlaku kepada Ahli PACSU Negeri Sembilan yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban Negeri Sembilan iaitu PF 25886 Al – Asrul Bin Mohamad. Difahamkan beliau terbabas sendiri ketika menunggang motosikal yang beliau naiki.

   Beliau mengalami kecederaan bahu sebelah kanan dan dilaporkan telah dihantar ke hospital. Beliau didapati dalam keadaan stabil. Semoga beliau dipermudahkan urusan dan cepat sembuh. Pesanan kepada Ahli PACSU Negeri Sembilan supaya sentiasa berhati – hati semasa memandu di jalan raya.