LDP PENGUKUHAN PEGAWAI AWAM IPD KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

Kuala Pilah, 10/07/2020 – Latihan dalam perkhidmatan (LDP) Pengukuhan Pegawai Awam telah diadakan di Dewan Mawar IPD Kuala Pilah Negeri Sembilan. LDP ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Awam yang bertugas di bawah pentadbiran IPD Kuala Pilah.

   Tujuan diadakan adalah untuk memberi sedikit maklumat atau arahan – arahan semasa dari pucuk pimpinan berkaitan tugas – tugas dan juga peraturan – peraturan serta pelbagai perbincangan isu – isu semasa PACSU. LDP ini telah disampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Pengurusan Daerah Kuala Pilah. Diharapkan LDP seperti ini diadakan selalu selain daripada itu dapat mengeratkan tali silaturahim diantara satu sama lain.

e4cb89f2-c1b5-41d2-be21-2d9e9b7c6d36 9e03972c-1577-4422-9833-1181ab12fc24 72c9f03f-0a15-4fd7-a590-58026a2e0dbe