MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN BIL 3/2020

Seremban, 28/08/2020 – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan di Kg JKIN Exreme Park Seremban bermula pada jam 2.45 pm yang di pengerusikan oleh Pengerusi PACSU Negeri Sembilan iaitu Puan Marinee Binti Mohamaed yang turut dihadiri oleh barisan AJK lantikan.

Antara intipati mesyuarat berkaitan untuk mengadakan Mesyuarat Agong PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 24/09/2020 di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan yang bakal dihadiri oleh ahli – ahli PACSU mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Selain itu, perancangan untuk mengadakan pertandingan Badminton Piala Pengerusi PACSU Negeri Sembilan serta Majlis Makan Malam Pegawai Awam Negeri Sembilan bersama Ketua Polis Negeri Sembilan dalam peringkat perbincangan dan berharap program ini dapat direalisasikan seperti program – program sebelumnya.

IMG_20200828_151928 IMG_20200828_155329 IMG_20200828_160758