PROGRAM JALINAN MESRA WARGA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Seremban, 28/08/2020 – Program Jalinan Mesra Warga PACSU NS bersama barisan pimpinan PACSU NS telah diadakan di Kg JKIN Extreme Park Seremban. Program ini telah dihadiri oleh ahli – ahli PACSU NS yang berminat untuk mencuba sukan lasak seperti “Flying Fox”, menaiki ATV serta mencuba pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan disini.

Program ini bertujuan untuk sebagai aktiviti PACSU NS selain daripada dapat mencuba aktiviti sukan lasak serta menguji keberanian ahli – ahli PACSU yang ingin mencuba. Selain daripada itu, ianya dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan dapat mewujudkan susasana yang harmoni. Program ini bermula jam 3.00 pm dan tamat pada jam 6.30pm. Diharapkan PACSU NS dapat memperbanyakan lagi aktiviti – aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

IMG_20200828_152658 IMG_20200828_152839 IMG_20200828_153025 IMG_20200828_152702 IMG_20200828_152049 IMG_20200828_151944