MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KE 69 TAHUN 2020

Seremban, 28/09/2020 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Negeri Sembilan kali ke 69 bagi tahun 2020 telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan YDH ACP Ramlan Bin Abdul Razak di Dewan Utama IPK Negeri Sembilan.

Turut mengiringi beliau adalah Ketua – Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Presiden PACSU Malaysia, Pengerusi PACSU NS berbesar hati bagi menyempurnakan majlis perasmian ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan seterusnya ucapan dari Pengerusi PACSU NS, Presiden PACSU Malaysia dan seterusnya ucapan perasmian dari YDH ACP Ramlan Bin Abdul Razak.

Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati dermasiswa kepada ahli PACSU dan juga penyampaian cenderahati kepada ahli PACSU yang akan bersara. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat kemudian diadakan sesi bergambar dan jamuan makan.

 BANNER MESYUARAT AGUNG BARU PACSU 2020_2 IMG_20200928_113108

IMG_20200928_114718 IMG_20200928_121308 IMG_20200928_121328 IMG_20200928_121355 IMG_20200928_121456 IMG_20200928_121547 IMG_20200928_121627 IMG_20200928_121641 IMG_20200928_113714