PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT IPD IPOH

Ipoh, 25 September 2020 – Bertempat di Balai Polis Pekan Baru Ipoh, Perak telah berlangsung program memasak bubur asyura sempena sambutan maal hijrah peringkat IPD Ipoh. Kehadiran merangkumi semua Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam serta ahli PERKEP IPD Ipoh, Perak.

YDH ACP A. Asmadi bin Abdul Aziz – Ketua Polis Daerah Ipoh dan isteri turut meluangkan masa menghadiri ke program ini bagi memeriahkan acara yang dijalankan secara gotong-royong. Turut hadir bersama ke program ini ialah kedua-dua Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran) dan (Operasi).

Program ini secara tidak langsung telah mencapai matlamat dengan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Ipoh.

WhatsApp Image 2020-09-29 at 2.53.23 PM WhatsApp Image 2020-09-29 at 2.53.25 PM FB_IMG_1601387402796 FB_IMG_1601387416239 FB_IMG_1601387430130

,