CERAMAH AGAMA “BAHANA TIK TOK, HUKUM DAN KESANNYA TERHADAP PENJAWAT AWAM”

IPOH, 29 SEPT 2020 – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Perak telah mengadakan Ceramah Agama “Bahana Tik Tok, Hukum dan Kesannya Terhadap Penjawat Awam” bertempat di Surau Al-Falah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-hafiz.

Ceramah tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan mengimarahkan Surau Al-Falah.

Turut hadir, YDH Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, YDH ACP Mohd Zaini bin Mat Yusof, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Perak, YDH ACP Amran bin Ab. Rashid, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Perak, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

FB_IMG_1601622379602

,