MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KELANTAN

IPK Kelantan, 24 September 2020 – Bertempat di Dewan Tan Sri Fuzi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung (Police Administrative And Civilian Staff Union) PACSU Cawangan Kelantan Kali ke-49 Tahun 2020.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung (Police Administrative And Civilian Staff Union) PACSU Cawangan Kelantan yang ke-49 telah dirasmikan oleh YDH DCP Shafien Bin Mamat, Ketua Polis Kelantan.

Hadir sama YDH SAC Abdullah Bin Mohammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan, YBrs. Encik Aminuddin Bin Awang, Timb. Presiden CUEPACS Malaysia merangkap Pengerusi CUEPACS Kelantan, Semua Ketua Jabatan Kontinjen Kelantan, Semua Ketua Polis Daerah dan ahli – ahli PACSU Cawangan Kelantan.

Mesyuarat kali ini telah berjalan dengan lancar dan telah dihadiri seramai 180 ahli dan semua ahli hadir dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan di bawah PKPP yang sedang dikuatkuasakan.

 

,