MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN KUALA LUMPUR.

Kuala Lumpur, 30/09/2020 : Majlis dirasmikan dengan jayanya oleh YDH Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly dan diiringi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo. Turut hadir Presiden PACSU Saudara Anuar bin Mamat dan diiringi Timbalan Presiden PACSU Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood dan juga Saudara Mohd Azli bin Suhaimi Timbalan Setiausaha Agung PACSU. Turut dihadiri  Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kanan Polis bagi memenuhi jemputan majlis kali ini. Majlis diadakan  di Foyer B, Menara A, IPK Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang sehingga selesai.
Kata-kata aluan telah diberikan oleh Pengerusi PACSU Kuala Lumpur, Saudara Muhammad Najib bin Ishak. PACSU Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung kali ini walaupun dalam keadaan negara dilanda wabak COVID 19.
Segulung penghargaan buat Setiausaha PACSU Kuala Lumpur, Saudari Osliza Bt Osman yang bertungkus-lumus menyiapkan majlis yang gilang-gemilang ini dengan jayanya.
Penghargaan juga diberikan kepada semua AJK PACSU Kuala Lumpur yang mana telah membantu majlis ini berjalan dengan lancar.
PACSU Kuala Lumpur mengucapkan tahniah pada pemenang hadiah bertuah yang telah memenangi pelbagai hadiah yang disediakan.
Semoga kita akan berjumpa pada majlis dan aktiviti PACSU Kuala Lumpur yang akan datang.
#2020
,