MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LUAR BIASA PACSU CAWANGAN TERENGGANU KALI KE-55 TAHUN 2020

Terengganu, 25/08/2020 : Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa PACSU Cawangan Terengganu Kali Ke-55 Tahun 2020 telah selesai diadakan di Dewan Redang, IPK Terengganu. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YDH Dato’ Roslee bin Chik, Ketua Polis Terengganu.

Seramai 80 orang ahli yang hadir memandangkan mesyuarat ini perlu mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Dalam mesyuarat ini, Pegawai Kanan PACSU yang hadir adalah Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung PACSU dan YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU.

,