MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERLIS KALI KE-18 TAHUN 2020

23 September 2020 (Rabu), jam 2.00 petang Bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Perlis Kali Ke-18.

Kehadiran ahli-ahli PACSU adalah seramai 108 orang dengan mematuhi (SOP) yang telah ditetapkan semasa tempoh (PKPP) Covid-19.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH ACP Badrulhisham Bin Baharudin (Timbalan Ketua Polis Perlis). Pegawai Kanan PACSU yang hadir ialah Y.Bhg Saudara Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Saudara Mohd Azli Bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah turut hadir memeriahkan majlis.

Mesyuarat telah berjalan dengan baik dan lancar.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,