MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENANGANI PANDEMIK COVID ANJURAN CUEPACS NEGERI KELANTAN

KELANTAN- Majlis Penghargaan Kepada Barisan HadapanMenangani Pendamik Covid-19 telah diadakan pada 09 September 2020 jam 1000 pagi bertempat di Dewan Taming Sari, IPD Kota Bharu, Kelantan.

Majlis telah dirasmikan oleh Presiden Cuepacs Malaysia Tuan Adnan bin Mat. Presiden Cuepacs turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada PACSU Kelantan dan KPD Kota Bharu kerana menjadi tuan rumah majlis ini.

Tuan En. Aminuddin bin Awang selaku Pengerusi Cuepacs Negeri Kelantan juga turut berucap dan memberikan kata semangat. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pelbagai wakil kesatuan bagi menghargai jasa barisan hadapan. Majlis berjalan lancar dan dimeriahkan lagi dengan pemberian Sijil Penghargaan kepada mereka yang terlibat.

,